AUTOIMUN: BAGAIMANA VITAMIN & MINERAL BOLEH MEMBANTU PESAKIT AUTOIMUN
Baca artikel ini, dengan "berfikir diluar kotak" (think out of the box). Untuk memudahkan pemahanan anda, saya akan buat penerangan dalam format "Soal & Jawab". Q1: (ORGAN APA?) APAKAN BAHAGIAN @ ORGAN @ SEL DALAM BADAN PESAKIT AUTOIMUN YANG BIASANYA BERMASALAH, YANG MENYEBABKAN PENYAKIT AUTOIMUN? Kalau anda sebelum pada ini tidak tahu jawabannya, bermakna anda kurang teliti dengan pemahaman penyakit autoimun. Jawabannya adalah: SEL SISTEM PERTAHANAN (SSP) pesakit tersebut, atau dikenali dengan sel berkaitan SISTEM IMUNITI BADAN yang bermasalah. (Nota: selepas ini saya akan namakan sel SSP sebagai sel “TENTERA” dalam badan kita) Q2: (FUNGSI ORGAN) APA FUNGSI SEL SISTEM PERTAHANAN (SSP)? Sel tersebut boleh dianggap seperti tentera pertahanan di dalam badan kita. Fungsi Sel Sistem Pertahanan (SSP), antara peranannya, adalah menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk dalam badan kita. Q3: (PENERANGAN PENYAKIT) APA MASALAH DENGAN SEL SISTEM PERTAHANAN...